HoMe

Monday, October 25, 2010

TeGuRaN dAn NaSiHaT PeMBiNa UMmAt

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

 Segala puji hanya untuk Allah tuhan semesta alam. selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, seluruh sahabat dan keluarga baginda.

timbulnya isu berkaitan perselisihan pendapat dan pandangan dalam uslub atau jalan teguran yang diharuskan Islam telah menggerakkan hati al-fakir ini untuk berkongsi maklumat mengenai anjuran teguran dan nasihat yang bakal membina ummat yang lebih sihat akal dan hatinya dalam menghidupkan Islam dalam dirinya. telah dinukilkan berdasarkan pendapat Imam Al-Nawawi r.t (semoga Allah merahmati beliau). 

Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam dalam teguran, mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:
  1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.
  2. Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
  3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
  4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
  5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.
  6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.





    wallahu'alam. =)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...